Saturday

::::::::kEsUdAHaN yG mEnGgEmBiRaKaN:::::::::::::

Peperiksaan adalah sesuatu yang menakutkan dan menggerunkan bagi sesetengah pelajar. Perasaan sebegini akan menjadi lebih teruk lagi jika minda pelajar itu dipenuhi dengan imej-imej yang menunjukkan kegagalan, kesusahan, pening kepala dan kekecewaan. Imej-imej begini dalam fikiran pelajar akan menambahkan lagi debaran untuk menghadapi peperiksaan. Jadi, apa yang pelajar harus lakukan untuk mengurangkan rasa debaran dan kegelisahan ini?

Satu cara yang efektif ialah dengan membayangkan kesudahan yang menggembirakan. Sebelum hari peperiksaan menjelang, bayangkan hari peperiksaan tersebut di dalam minda anda. bayangkan, peperiksaan sudah berakhir, dan anda kelihatan gembira kerana telah menjawab dengan baik. Bayangkan dengan jelas bagaimana rupa anda ketika tersenyum selepas peperiksaan. Kemudian, rasakan perasaan gembira yang mengiringi senyuman itu. Ini yang dimaksudkan dengan membayangkan kesudahan yang menggembirakan.

Mengapa kita lakukan ini? Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita asyik fikirkan tentang kesusahan peperiksaan, kita akan sentiasa risau dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Akhirnya, kesusahan itu menjadi kenyataan.

Jadi tukar imej susah dalam minda anda itu kepada kesudahan yang menggembirakan yang saya katakan tadi. Insyaallah, kita akan rasa lebih tenang dan kesudahan itu akan benar-benar menjadi kenyataan. Selamat mencuba. :)

:::::::::tEriNGaT cEriTa SpOnGEbOb::::::::::



Imaginasi adalah lebih penting daripada kebijaksanaan.

~Albert Einstein~


Imaginasi adalah sesuatu yang amat berguna kepada pelajar. Ia boleh membuat pelajar merasa bahawa belajar itu susah, atau belajar itu senang. Maksudnya, jika di dalam imaginasi pelajar itu menunjukkan bahawa belajar itu adalah perkara susah, maka pelajar itu pasti merasa susah semasa hendak belajar.

Begitu juga sebaliknya jika imaginasi pelajar menunjukkan bahawa belajar itu mudah dan menyeronokkan, ia akan menjadi nyata.

Jadi, jika anda belajar itu susah, periksa semula apakah imaginasi anda terhadap pelajaran?

::::::::::bELaJaR mAThEmATiCs:::::::::::

1... kalau nak pandai matematik, kita kena suka matapelajaran tu. Habis, kalau kita dah memang tak suka macam mana? Caranya, mula-mula buat-buat macam kita sukakan matapelajaran tu. Kita macam berlakon sikit yang kita suka subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tak perlu terus mula dengan 100 soalan. Bukan apa, takut terkejut nanti lepas tu terus makin benci.:)
2..........matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya ikut Budiyamin buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap. Malah, ramai kawan sekelas akan tanya saya dan Budiyamin tentang cara menjawab soalan matematik.

3............matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, :) maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.

4........... anda perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir?

Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.

Akhir sekali

anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda kisah tidak kisah, sukar untuk anda kuasai subjek ini. Insyaallah saya akan kongsikan lagi di masa akan datang petua-petua untuk menguasai matapelajaran matematik ini.

Thursday

CuTi:::CuTi:::CuTi

huh!
cuti yang tiada kerja membuatkan diriku berasa bosan...
time ni la aku buat benda bukan2..
buat tanpa berfikir...
hahahah..
dah nama pun gila...
memang ar macam itu...
hahahhahaha!!
aku rasa kalau pergi sekolah pun xpenat..
juz duduk..
dengar cikgu cakap...
tengok cikgu ajar...
pastu
ketuk kepala orang!
hahahaah!
benda tu paling aku suka......
xsabar pula nak pergi sekolah......
hahaahhaha....
aku ni dok asyik gelak je....
dah2...
berhenti2....
k la...
aku xtau ar nak cakap apa....
~~~~~papai~~~~~

Monday

::::::::::pErGi pULaU iNdAH,,p0rT kLanG:::::::::::::


ermm..........
hah!
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
semalam aku baru balik dari klang....
dekat sana aku x ada buat apa pun.........
aku just berkebun je.....
cabut rumput...
buang lalang...
pastu......
~~~~heheheheheheheehheeheh~~~~
aku jumpe katak.....
comey~~~
katak tu kecil lagi ar...
camni ar muka dia....

~~~~~~~~~~~
....................cOmey ye...................
time aku dok menyabit...
dia pandang aku ngan muka camtu la....
hahahahahha...
tengok!
nampak sangat katak tu nak ngorat aku...
hahahahaha...
pastu kan....
dia asyik pandang aku je..
aku angkat la dia guna cangkul.....
...............p/s::gila ke apa nak guna tangan...............
aku buang dia kat longkang.....
hahahahaha......
camtu je cerita aku....
pastukan...
aku jumpa ladybird...
macam2 warna aku jumpa....
hahahaha....
dah la...
dok asyik merepet je aku ni....
k la....
sampai disini saja...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~papai~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saturday

:::::::::aKu aDaLaH aKu:::::::::::

huh!
menjelang tahun ini..
umurku sudah 16 tahun...
~~~huhuhuhhu~~~
tua sudah...
tahun ni kira tahun penat aku ar...
yela!
mana x ye..
time PMR pun xde ar aku rajin macam ni...
ala biasa ar..
budak2 baru belajar la katakan...
tu penat tu...
tapi dah biasa penat tiap2 hari..
so....
sekarang...
alhamdullilah ar...
aku rasa aku sudah boleh bawa ar aliran yang aku ambil tu....
nak tau aliran apa??
heheheheh~~
mestilah sains tulen...
kehkehkehkeh!
sebenarnya mula2 aku xtau ar yang aku boleh bawa sains ni...
so....
aku buatlah latihan sikit2 tiap2 hari...
p/s:::sebenarnya aku malas nak tukar kelas..menyusahkan je....nak kena buat surat la..suruh makbapak datang la...jumpa kaunselor la...
huh!
PAYAH!
baik aku duduk je dalam kelas tu...
duduk sebelah si anak ZAINUN tu....
hehehehe....
bear la...
dia kan kekasih gelap aku...
hehehehe...
k la sampai sini je la...
papai....